TRY OPEN MY NEW BLOG: http://inwardeighteens.blogspot.com/

Read Users' Comments (0)

My Visitor-Graf


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada all my visitor yg masih hidup or sebaliknyer.Ari ini aku
nak citer pasal aku punyer visitor~kali ini mendadak dan ade jugak yg menurun.Maklumlah aku baru saje dapat ini punyer graf kat http://graf-visitormaps.blogspot.com/ dan aku terkejut atau kadang kala pening jugak tengok graf ni.Korang tengok la sendiri betapa peningnyer graf ni.Yg paling banyak datang dari Semenanjung Malaysia dan Luar Negara(Others).


First visitor dan second visitor datang dari kawan karib aku sendiri iaitu IV13-(Izzat) and TwoFaces-(Haris).Dan bermulalah adventure visitor aku/ade yg aku kenal dan ade pulak sebaliknyer.Ha,luper lak nak bagi blog kekawan aku atau kekawan yg lebih jauh tua dari aku.

   IV13- http://invalidthirteen.blogspot.com
   Two-Faces- http://two-faces.blogspot.com/
   Nescafe- http://maribinablog.blogspot.com/
   Athira- http://yowassaptira.blogspot.com/
   Dark Angel- http://devilwithin666.blogspot.com/
   Alimaz- http://alimaz.blogspot.com/
   U.Aziz- http://abdulazizahri.blogspot.com/
   D'rock Angel- http://qirah-drockangel.blogspot.com/
  
Dan banyak lagilah...
Kalau korang nak tahu,tengok or tinggalkan kenangan kat my cbox okey???

  

Read Users' Comments (0)

2010 Movie




Aku bersyukur sebab aku tak dengar segala kata2 gosip mengenai filem ini dan menebalkan hati aku untuk menonton 2012 ini.Pada aku, cerita ni macam Titanic-minus-the-over-love-story-thingy.Sirius.Sirius.Sirius.Macam tengok macamana kiamat tu nak berlaku.Dengan CGI yang melampau. Memang aku kelas kan cerita ni A. CGI adalah apa yang menghidupkan cerita ni. Ingat senang ke nak buat Battleship menghempas White House? Senang ke nak buat tanah sliding masuk laut?Sumpah.Awesome.Kapal "Noah's Ark" juga awesome. Sangat!!


Ok.Aku dah puas puji cerita ni

Mari kutuk pulak...




Macam biasa, kalau tengok cerita yang ala-ala Armageddon ni, Amerika mesti nak menang. Mesti nak melawan tuhan. Mesti nak paling baik. Mesti nak yang mula2 menyedari masalah ni. Mesti nak jadi yang paling "civilize".


Mesti kena diorang punya. Orang lain mesti tak boleh.Sepanjang aku berkecimpung dalam arena menonton wayang, ada satu je cerita yang Amerika pasrah. Ape ntah tajuk dia. Pasal api matahari sampai bumi tu.Tapi itu pun ada Alien selamatkan sepasang manusia. Ya, dan sepasang manusia itu harusalah ada IC Amerika.Kawan aku sorang mengatakan cerita ni tak logik langsung. Siapa suruh tengok cerita ni dengan logik?

Sirius. Takde part dalam cerita ni yang logik. Semua Nasib. Drive kereta dan selamat, nasib. First time bawak kapal terbang dan elak bangunan runtuh dan ya, selamat. Juga nasib.
semua nasib lah.

Read Users' Comments (1)komen

Fikir Sebelum Laksanakan Peraturan

            Assalammualaikum,buat semua pembaca 1 malaysia.Baru-baru ini kita dikejutkan dengan
peraturan agar kenderaan lama yang mahu memperbaharui cukai jalan harus diperiksa di PUSPAKOM.

Buat semua pembaca 1 malaysia,saya salah seorang empunya kenderaan yang berusia lebih 25 tahun.
Alasan mereka supaya kenderaan ini selamat apabila berada dijalan raya.Saya rasa para pembaca semua
tahu,untuk pemeriksaan kenderaan ini hendaklah diselenggara dahalu.Dengan kegawatan ekonomi negara yang masih lembap dan harga barang semakin mahal,saya rasa kebanyakan pemilik-pemilik kenderaan ini merasa tertekan.Jika kita fikirkan dan kita baca akhbar,boleh dikatakan kebanyakaan kemalangaan banyak berlaku disebabkan sikap pemandu itu sendiri.Sikap terburu-buru,ingin cepat sampai,tidak menggunakan sebarang isyarat kiri-kanan,berlumba dan bermacam-macam ragam pemandu,boleh kita saksikan dijalan raya pada hari ini.Jika sikap ini tidak dibuang.maka,kenderaan yang boleh terbang sekali pun tidak akan menjanjikan keselamataan kepada kita.Dari pengalamaan saya,kenderaan lama ini jarang dipandu dengan laju.Jadi keselamataan lebih pada kenderaan ini.Saya harap kepada pihak berkenaan fikir-fikirkanlah,apakah peraturan ini wajar dilaksanakan.                           

Read Users' Comments (1)komen

Monyet vs Anjing...

JOM ceriakan hari ini dengan menonton gelagat seekor monyet yang membuli seekor anjing. Sangat kelakar ! JOM TENGOK !!


Read Users' Comments (1)komen

Karangan Budak Darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.




Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.




Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.



Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.




KREDIT UNTUK PENGHANTAR EMAIL

Read Users' Comments (0)

Gempar

GEMPAR !! Kejadian seorang remaja berusia 17 tahun menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh di atas laluan keretapi dan hampir-hampir dilanggar.




Kejadian bermula apabila Budak kecil tersebut berjalan seorang diri ke arah laluan keretapi dan telah terjatuh. Nasib baik kejadian tersebut disedari oleh seorang remaja dari bahagian haluan lain. Remaja tersebut terus terjun ke atas laluan untuk menyelamatkan budak tersebut. Tiada kecederaan berlaku.



KTF telah mengambil video original ini untuk komersial ..

Read Users' Comments (0)

Baca bukan Main Suka,Komen MALEH!!!!



Apa pandang- pandang ! Gua nak berhenti tulis blog ! Gua serius. Wonder Pets, Wonder Pets jugak. Korang pun macam tak support gua. Kalau dah baca entri gua tu, komenlah. Bagus ke tak bagus entri gua pun komenlah.

Inilah antara luahan dalam entri blogger yang kecewa dengan pengunjung blognya. Kenapa kita nak orang datang dan komen blog kita? Pada mereka yang sekadar berblog untuk 'syok sendiri', perkara ini tidak akan timbul. Nota yang biasa gua jumpa pada sesebuah blog berbunyi "Kalau orang nak baca blog aku bacalah.. tak nak pun tak apa. Ini blog aku. Aku punya sukalah nak tulis apa. Kkalau tak suka korang boleh berambus AKA blah dari sini." Menarik bukan ayat ini?















Tetapi bagi blogger yang punya perancangan dengan blognya, perkara ini tentu amat mengecewakan. Perancangan bermaksud blogger tersebut mungkin ingin menjadikan blognya sebagai salah satu sumber pendapatannya. Tetapi sebelum kita merasa kecewa, adakah kita sudah melakukan yang terbaik atau apa yang perlu bagi memastikan apa yang dirancang akan menjadi kenyataan? Biasanya yang merasa kecewa itu adalah blogger baru seperti gua. Bagi gua, ini tidak sepatutnya berlaku. Kita kena berusaha lebih keras lagi. Cuba perhatikan blogger yang telah berjaya. Adakah mereka mengambil masa yang singkat untuk berjaya?














Ada beberapa cara yang digunakan oleh blogger dari awal hingga sekarang untuk menarik pengunjung dan seterusnya meninggalkan komen pada blog mereka. Ada yang menggunakan entri yang kontroversi dan ada juga yang menggunakan perbezaan lelaki dan wanita sebagai kandungan cerita ceriti blog mereka. Walau apa pun kaedah yang digunakan, nampaknya mereka berjaya dalam usaha mereka itu.














Namun bukan semua blogger boleh menggunakan kaedah yang sebegitu.. Jadi apa cara lain yang ada? Contohnya blog ini, blog yang masih baru dan tak punya pengunjung yang ramai. Jadi apa yang patut gua buat? mungkin cara yang di bawah ini boleh membantu.














1. Jangan tulis entri yang ‘ntah apa-apa ntah’ (gua pun buat juga). Kalau boleh buat entri yang berfokus kepada satu-satu tajuk dalam satu blog. Jika terlalu umum, pengunjung tidak faham apa tujuan dia datang melawat blog tersebut.














2. Gunakan widget yang ada sebaik-baiknya. Pasanglah widget atau plugins yang perlu seperti Related post, Recent Post, Label, Top Commentators dan sebagainya. Semua itu adalah untuk keperluan pengunjung.














3. Jangan biarkan entri anda kosong tanpa imej atau gambar. Kalau boleh letakkanlah grafik atau gambar yang berkaitan dengan entri supaya entri tersebut nampak tidak layu.














4. Kerap menulis entri. Jangan biarkan blog anda tidak diupdate lebih dari 3 minggu. Ingat pembaca anda sentiasa tertunggu post anda yang seterusnya, jadi jangan biarkan mereka jadi bosan.














5. Promote dan linklah blog anda sebanyak mungkin.. Memang ini suatu perkara yang agak malas untuk dilakukan (termasuklah gua). tetapi ia perlu bagi memastikan blog anda boleh dikesan oleh mereka yang sebelum ini tidak mengenali blog anda.














6. Reka tajuk entri dengan kreatif. Buatkan tajuk entri yang boleh menarik pembaca.














7-Bagi sedikit hadiah atau tawaran dalam bentuk wang ringgit. Jika anda boleh mendapat pulangan dengan kedatangan mereka apa salahnya keluarkan sedikti modal untuk menghargai kedatangan atau komen pelawat blog anda.














8-Jika anda telah berjaya dengan bidang anda, kongsikanlah kejayaan itu dengan pengunjung blog anda. Mungkin kisah tahyul anda akan memberi inspirasi buat mereka dan mereka akan datang lagi.



Read Users' Comments (0)

...KELANTAN....I LOVE U....2-0....NEGORI SEMBILAN....LOVE ALSO...



                                                                Geng Ultras Red Warriors




Perlawanan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammed IV malam tadi cukup memberi impak yang besar terhadap fenomena bola sepak di negeri berkenaan.





KEGILAAN bola sepak di Kelantan semakin memuncak selepas sang Kijang melakar kejayaan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia.





Apa tidaknya, penyokong fanatik Kelantan sudah membanjiri stadium keramat mereka seawal pukul 7 pagi untuk mendapatkan tiket di kaunter stadium yang hanya dibuka tiga jam kemudian.



Keghairahan untuk mendapatkan tiket perlawanan menyebabkan beberapa penonton tiba- tiba jatuh pengsan akibat kepanasan dan sesak nafas.



Seorang peminat, Abdul Mukmin Hassan, 29, berkata, dia tiba di stadium kira-kira pukul 7.30 pagi dan mendapati kawasan berhampiran kaunter tiket sudah di penuhi orang ramai.



Menurutnya, 15 minit sebelum kaunter tiket dibuka, keadaan mula gamat dan kecoh apabila berlaku tolak menolak di kalangan peminat untuk mendapatkan tiket.



"Keadaan seumpama ini mungkin tidak berlaku sekiranya kaunter dibuka lebih awal kerana kelewatan ini menyebabkan orang ramai sudah lama membanjiri kawasan.

Orang ramai berebut-rebut mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009




"Selain itu, tiada anggota keselamatan sama ada polis mahu pun Rela yang ditempatkan di kawasan itu menyebabkan keadaan tidak terkawal," katanya ketika ditemui semalam.



Tambahnya, dia terpaksa merangkak keluar dari kawasan kaunter tiket kerana orang ramai mula berasak- asak dan tidak berbaris seperti yang diarahkan.



Wakil HMC di kelantan difahamkan, kira- kira pukul 12 tengah hari semalam kesemua tiket telah habis dijual menyebabkan sebahagian peminat pulang hampa.



Sementara itu, bagi Mohd. Azamie Ibrahim, 18, dia terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket walaupun telah datang seawal pukul 9 pagi.



"Saya tengok orang ramai sudah mula bersesak di kaunter tiket dan keadaannya begitu sukar untuk saya masuk mendapatkan tiket dalam keadaan itu.



"Kira-kira dua jam kemudian saya datang kembali dan mendapati tiket sudah habis di jual dan ia sangat mengecewakan," ujarnya





Read Users' Comments (1)komen

Nape stadium roboh...sumenya terJAWAB!!!

Hmmm...apa nak jadi ngan M'sia ni......kita kena bersiap sedia supaya tidak ada lagi stadium yg runtuh.....kena pakai kontraktor world class...


Setelah disiasat dengan terperinci dan terpersentimeter, punca atap stadium di Gong Badak runtuh telah dikenalpasti. Terima kasih kepada paparazzi yang sempat merakamkan kejadian tersebut beberapa saat sebelum ianya runtuh. Bukti ini telah mengejutkan banyak pihak namun, bekas MB T'ganu, Datuk Idris Jusoh boleh menarik nafas lega kerana SPRM tidak akan mengaitkan beliau dengan tragedi tersebut.... saksikan kedua-dua gambar di bawah ...Berita ini tidak disiarkan di akhbar arus perdana atas sebab-sebab keselamatan...


Read Users' Comments (0)

POKOK GHARQAD


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".




Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.



Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw...Hanya keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.



Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya, tetapi itu semua dalah kurang tepat. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

Read Users' Comments (0)

ISLAM vs Kristian

Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja


berhati-hati!

Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......



Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara

motosikal

dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah

telah merayau

merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.



Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan,

kakitangan

terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan

terpaksa

dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya

telah diwarnakan.



Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau,

namun gagal.

Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian

badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.

Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati

telah

dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi....



Pengajaran:-

Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan

simati

sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan

berkelakuan

sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia

16 tahun.



Kisah kedua

Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.

Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu

hari, dihadapan

kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku

akan masuk

kristian.. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal

dunia kerana

kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya

dan di

kebumikan berdekatan dengan masjid.



Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari

kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati

adalah seorang

budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang

berterusan. Setelah

ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati.....dan

mayatnya pun

dipindahkan ke kubur Kristian..

Barulah tiada tangisan kedengaran.. ...



Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah akan

aktiviti anak-anak,

adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di

mana-mana... tanpa disedari.



Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa

melayu telah sampai

di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan

bahawa ia telah

diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang

berdaftar... .. Samada benar

atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah

diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...



Wallahu'alam. ......

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup

keNerakamu.. ........., kami lah hamba yang

mengharap belas darimu ........., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang

bertaqwa..... ....., ampunkan dosa2 kami,

kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang

telah meninggal dunia, Cukup lah

Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku

bertawakkal dan Allah lah yang memiliki

arasy yang agung "

Read Users' Comments (0)

Islam vs Cina

Baca dengan hati seorang ISLAM?




Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia ...



Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas. Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah

menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Gambar itu ialah seekor babi yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam. pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.



Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjuk ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.



Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama Islam lalu

memecat lelaki Melayu tadi.. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah sa tu etika yang patut di contohi kerana, menumbuk org sesuka hati memanglah salah...



Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat. Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara

seislam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi.



Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk di saman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian.



Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya,

tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.



Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..!



1.Jika anda orang islam sila sebarkan email ini..!!



2.Jika anda orang bukan islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan api di negara malaysia islam ini

Read Users' Comments (0)

Sedih Liverpool

Akhirnya..Liverpool terpaksa melepaskan Xabi Alonso ke Real Madrid dengan harga £30m selepas pemain itu menyatakan hasrat untuk berpindah ke Real.Liverpool bertindak pantas apabila menyambar the Little Prince.




The Little Prince atau nama sebenarnya Alberto Aquilani memang pemain yang menyerupai Xabi Alonso dari segi passing skill and accuracy. Dan Aquilani agak lebih pantas dan laju dari Alonso. Dia juga boleh menjadi midfield general untuk mengantikan Alonso dan dek kerna permainannya yang konsisten menyebabkn dia terpilih untuk mewakili Italy. Adakah pembelian ini berbaloi dan Aquilani dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alonso dan seterusnya menambat hati penyokong-penyokong Liverpool?Hanya masa yang akan menentukan segala-galanya

Read Users' Comments (0)

10 Pemain Terbaik Liga EPL

Baru-baru ini penulis ader terbaca dalam majalah sepak mengenai 50 pemain muda yang akan menyinar dalam kancah bola sepak pada masa hadapan. Penulis mencari-cari nama pemain muda bola sepak Malaysia, tapi gagal untuk menemuinya. Haha memang takkan adenyer la pemain Malaysia dalam senarai tersebut. Rata-rata pemain yang tersenarai adalah dari negara Argentina dan Brazil. Hari ini penulis mahu menulis mengenai 10 pemain sahaja. Yang baki tue, kalau penulis rajin, akan disambung nanti. Mari kita lihat sepuluh pemain muda yang akan menyinar pada masa akan datang. Jom….






1. Nama : Giovani Dos Santos(11.05.89) , Barcelona(SPA);Mexico



- Pemain ini adalah pemain yang paling pantas dalam lari jarak pendek dalam pasukan Barca(gile aaa). Kalu main dalam FM 08 pun player nie memang mantap dengan dribbling ability dan speed yang tinggi.



2. Nama : Sergio Aguero(02.06.88), Atletico Madrid(SPA);Argentina



- Dengan yuran perpindahan sebanyak 17 million, tetapi Aguero mengalami musim yang mengecewakan pada tahun 2006 dan awal 2007. Tahun ini setelah pemergian Torres ke Liverpool , pemain ini sudah mula menunjukkan taringnya bersama partner striker, Forlan. Aguero telah menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan.



3. Nama : Karim Benzema(17.12.87) , Lyon(FRA);France



- Pengurus Lyon, Alain Perrin membuat keputusan yang bijak apabila meletakkan homegrown striker, Benzema, sebagai striker utama dan sebagai pusat untuk serangan. Benzema telah menjaringkan sebanyak 10 gol dalam 10 perlawanan. Amat tajam sekali penyudah beliau mcm dalam FM 08 la plak.



4. Nama : Dumitru Copil(14.03.90), Hearts(SCO);Romania



- Pemain ini digelar sebagai the next Gheorge Hagi oleh peminat-peminat bolasepak Romania dan jurulatih pasukan Hearts. Tidak seperti ahli keluarga yang lain, mempunyai talent dalam arena musikal, tetapi Copil mempunyai talent dan skill dalam melakukan tricks dan feint untuk memperdayakan pertahanan lawan.



5. Nama : Lorenzo De Silvestri(23.05.88), Lazio(ITA);Italy



- De Silvestri seorang right-back adalah produk bintang terbaru dalam pasukan Lazio. Silvestri bukan sahaja mempunyai bakat dalam bolasepak malah mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Memang bijak gak mamat nie. Real Madrid dan Arsenal telah membuat enquiry pasal pemain ini.



6. Nama : Kerlon(27.01.88), Cruzeiro(BRA);Brazil



- Pemain ini amat terkenal dengan skill dribble menggunakan kepala sewaktu dalam perlawanan. Skill ini dinamakan “seal dribble”. Kerlon merupakan penjaring terbanyak dalm South American U-17 Champioship.Yang menjadi persoalannya mampu pemain ini untuk bermain dalam pasukan senior ataupun hanya mampu keluar di Youtube sahaja.



7. Nama : Fran Merida(04.03.90), Arsenal(ENG);Spain



- Fabregas bukanlah satu-satunya pemain yang disambar oleh Arsenal dari Barcelona. Pemain ini telah disambar oleh Arsene Wenger pada tahun 2006 lagi. Merida merupakan seorang pemain midfield yang pintar dan mampu untuk menjaringkan gol denga menggunakan kaki kiri ataupun kanan. Merida juga membantu Spain untuk muncul naib juara pada U-17 World Cup.



8. Nama : Nikolay Mihaylov(28.06.88), Liverpool[Twente Enschede on loan](HOL);Bulgaria



- Jika dilihat sejarah keluarga, datuk Mihaylov,Bisser, bermain sebagai GK untuk pasukan Levski Sofia, manakala bapanya, Borislav mencipta rekod untuk Bulgarai dengan mempunyai cap sebanyak 105 perlawanan dan bermain untuk Bulgaria dalam World Cup 1994(Bulgaria berjaya ke peringkat separuh akhir). Bapak borek anak rintik.isk2



9. Nama : Ivan Rakitic(10.03.88), Schalke(GER);Croatia



- Ivan Rakitic memilih untuk bermain dengan Croatia dari bermain untuk Swiss. Baru2 ini , Rakitic berjaya membantu Croatia untuk layak ke EURO 2008 dibawah pimpinan Slaven Bilic(padan muka England). Pernah dinamakan sebagai Switzerland’s Young Player of 06/07 dan pernah menarik minat pasukan seperti Barcelona dan Milan tetapi akhirnya memilih pasukan Schalke. Nantikan kelibat Rakitic dalam EURO 08 ni.



10. Nama : Anderson(13.04.88), Man United(ENG);Brazil



- Pemain ini memang tidak asing lagi untuk peminat2 pasukan Red Devils. Seorang pemain kaki kiri attacking-mid yang mempunyai skill yang tinggi untuk dribble dan ketepatan untuk passing. Man United telah menghabiskan sebanyak 10.7 million untuk pemain ini sahaja. Adakah pembelian ini berbaloi?Marilah kita sama2 nantikan.



11. Nama : Kucing(??.??.84), MSFC(KOR);Malaysia



- Kucing memang tidak asing lagi dalam game DOTA.Setiap kali bermain beliau pasti mampu membuat owning dan killing spree walaupun bermain dengan sebelah tangan…opssss..salah blog la plak…haha(sila abaikan pemain yang ke sebelas ini ye.penulis dah weng dah pagi2 nie..sorry ek cing…)



Adakah semua pemain yang penulis senaraikan diatas(yang no 11 tue leh abaikan) mampu mencipta nama pada masa hadapan?Harap2 ader la judak pemain Malaysia yang mempunyai talent seperti dak2 kat atas nie ek.

Read Users' Comments (0)