Fikir Sebelum Laksanakan Peraturan
Assalammualaikum,buat semua pembaca 1 malaysia.Baru-baru ini kita dikejutkan dengan
peraturan agar kenderaan lama yang mahu memperbaharui cukai jalan harus diperiksa di PUSPAKOM.
Buat semua pembaca 1 malaysia,saya salah seorang empunya kenderaan yang berusia lebih 25 tahun.
Alasan mereka supaya kenderaan ini selamat apabila berada dijalan raya.Saya rasa para pembaca semua
tahu,untuk pemeriksaan kenderaan ini hendaklah diselenggara dahalu.Dengan kegawatan ekonomi negara yang masih lembap dan harga barang semakin mahal,saya rasa kebanyakan pemilik-pemilik kenderaan ini merasa tertekan.Jika kita fikirkan dan kita baca akhbar,boleh dikatakan kebanyakaan kemalangaan banyak berlaku disebabkan sikap pemandu itu sendiri.Sikap terburu-buru,ingin cepat sampai,tidak menggunakan sebarang isyarat kiri-kanan,berlumba dan bermacam-macam ragam pemandu,boleh kita saksikan dijalan raya pada hari ini.Jika sikap ini tidak dibuang.maka,kenderaan yang boleh terbang sekali pun tidak akan menjanjikan keselamataan kepada kita.Dari pengalamaan saya,kenderaan lama ini jarang dipandu dengan laju.Jadi keselamataan lebih pada kenderaan ini.Saya harap kepada pihak berkenaan fikir-fikirkanlah,apakah peraturan ini wajar dilaksanakan.
Thursday, November 5, 2009 at 12:13:00 AM PST
pandu cermat jiwa selamat....