Fernando Torres

Fernando Torres atau dikenali dengan nama gelarannya “El Nino” yang bermaksud ‘The Child’ telah berjaya memecahkan rekod bayaran pemindahan Liverpool apabila berpindah daripada Atletico Madrid dengan harga $26.5 juta. Dengan muka jambu @ kanak-kanak dan rambut tocangnya, Torres bukan sahaja telah berjaya membuatkan ramai wanita cair dengan kekacakkannya, malah berjaya menjadi salah seorang penyerang berbisa yang seringkali menjadi tumpuan kelab-kelab besar sebelum pemindahannya ke Liverpool.




Kini, BorakBola.Net menghimpunkan biodata Fernando Torres khas untuk peminat pemain ini, terutamanya buat penyokong The Reds. Semoga info yang dikongsi bersama ini dapat memberikan anda lebih idea semasa berborak tentang bola sepak di kedai mamak bersama rakan-rakan anda. Mari kita sama-sama lihat lebih mendalam sejarah pemain yang baru berumur 23 tahun ini.





•dibawa masuk ke kelab Atletico Madrid ketika usianya baru berumur 11 tahun, selepas menjaringkan 55 gol untuk satu musim buat kelab amatur Rayo 13

•menandatangani kontrak profesionnal pada tahun 1999

•membuat penampilan pertama untuk Atletico Madrid pada May 2001 menentang kelab Leganes

•menjaringkan gol pertamanya menentang Albacete, seminggu selepas ‘debut’nya

•merupakan ketua pasukan Atletico Madrid sebelum berpindah ke Liverpool

•merupakan pemain terbaik kejohanan dan penjaring terbanyak bagi Piala Euro 2001 bawah 16 tahun dan Piala Euro 2002 bawah 19 tahun

•memiliki kepantasan dan fizikal yang dikatakan sesuai untuk Liga Perdana Englan

Setakat ini, Fernando Torres telah berjaya menjaringkan 13 gol untuk Liverpool dalam kesemua perlawanan. Dilihat sebagai penyerang yang wajib berada dalam kesebelasan utama oleh kebanyakkan peminat Liverpool, namun begitu Rafael Benitez ternyata lebih gemar untuk melakukan ‘rotation’ dengan seringkali membawa Torres dari bangku simpanan untuk menukar rentak perlawanan.



Adakah Fernando Torres mampu untuk menjustifikasikan bayaran pemindahannya yang mahal buat Liverpool? Adakah Torres mampu membawa Liverpool menjulang kembali Piala Liga Perdana England? Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Apa pendapat anda?

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Fernando Torres"